Alhamdulillah,
Dah selamat buat kenduri kat rumah MH hari sabtu 26 Dec 2009 yang lepas. Jemputan terdiri dari kalangan ahli keluarga campur beberapa kenalan office wife. Terima kasih pada semua yang hadir. Walaupun penat sedikit, tapi kami amat gembira di atas kesudian saudara mara yang datang. Ada juga yang sudi datang walaupun sedang berpuasa 10 Muharram, hari ashura.
Bercakap pasal hari ashura ni, terdapat perbezaan antara orang sunni dan syiah menyambutnya. Ulama berpendapat hari itu digelarkan sebagai hari ashura disebabkan ianya hari kesepuluh dalam bulan Muharram (sepuluh dalam bahasa arab ashara).
Orang sunni menyambut hari asyura sebagai hari kemenangan berdasarkan beberapa hadith Rasulullah sallahualaihiwassalam. Hari tersebut adalah hari Nabi Musa berpuasa selepas Allah menyelamatkan bani israel dari orang2 firaun di mesir (Hdth Buhkari, 1865). Dibolehkan berpuasa pada hari tersebut sahaja, tetapi sebaik-baiknya mengikut sunnah adalah berpuasa dua hari yakni ditambah sehari sebelum atau sehari kemudian (Hdth Muslim, 1134). Antara kelebihan berpuasa di hari tersebut seperti hdth Muslim oleh Abi Katada, ianya menghapuskan dosa2 tahun lepas.
Sementara tu, orang syiah menyambut hari asyura sebagai hari bersedih kerana mengingati hari tersebut sebagai hari kematian Syaidina Hussein ibn Syaidina Ali Karamallah, iaitu cucu Rasullullah. Antara cara sambutannya termasuklah mengharamkan dari mendengar muzik, mendengar syair dan puisi yang sedih, mengelakkan dari aktiviti yang boleh menggembirakan yang boleh menghilangkan rasa sedih mereka. Ada juga belahan syiah yang memukul2 badan sendiri dengan rantai, menghiris anggota badan dengan pisau, dan ceramah2 sedih beramai2.
Orang sunni berpendapat perbuatan orang2 syiah itu bidaah (diada-adakan) kerana berdasarkan hadith, rasulullah turut bersedih kerana beberapa sahabah shahid dalam peperangan seperti Hamzah ibn Abd al-Muttalib, Zayd ibn Haarithah, Jafar ibn Abi Taalib and Abd-Allah ibn Rawaahah, tetapi rasullullah tak pernah buat spertimana yang orang2 syiah buat.
0 comments:
Post a Comment